Susu :
1. 2 tin susu cair masuk dalam kuali
2. Air buah-buahan dalam tin (contoh macam air longan atau laici), masuk dalam kuali jugak
3. Panaskan kuah sekejap sahaja, tak perlu hingga didih.
4. Masa panaskan, letak garam sikit (secubit camtu je), dan sesudu besar gula.
5. Jangan berhenti kacau masa panaskan kuah. Nanti tak cantik warna kuah.
Isi Koktail :
1. Boleh letak buah dalam tin macam longan, laici ikut suka.
2. Nata de Coco
3. Sumi Jelly
Kastard :
1. 1 tin susu cair, 1 tin tepung kastard jenama bird biru, 1/2 tin gula pasir, 4 tin air.
2. Larutkan dulu dalam kuali. Kacau hingga sebati baru on gas.
3. Masak dengan api kecik ya !
4. Jangan berhenti kacau gaul sampai lah melekit2 dan meletup2, baru tutup api.
5. Kalau terlalu pekat, boleh tambah dengan air panas masak masa masak tadi. Air panas ya take note !
*Lepas tiga2 ni dah siap buat and masuk dalam bekas, boleh lah simpan dalam peti ais ya. Nak makan baru cedok lah dalam mangkuk hehe. Makan sejuk2 sedap.
Way of serve:
1. Sediakan mangkuk.
2. Masukkan kuah, letak ais beberapa ketul.
3. Masukkan buah, sumi semua tu.
4. Masukkan kastard yg dah dipotong dadu.
5. Ngapppppp !