Thursday, 2 November 2017

Sayur Tumis Air

1. Bawang merah kecil 3, bawang putih 1: hiris. Bersihkan sedikit ikan bilis.
2. Sayur - Sawi / Kobis / Petola / Bayam / Pucuk Keledek / Lobak Putih
3. Panaskan minyak, tumis hirisan tadi dengan ikan bilis.
4. Masukkan seberapa banyak air yg kita nak, dan garam aji kiubayam secukup rasa, biar didih.
5. Air dah mendidih boleh masukkan telur kalau nak. Jangan dikacau selalu nanti telur hancur teruk.
6. Masukkan sayur. (kalau sayur sawi, kene masukkan batang sayur dulu, kemudian sebelum nak masuk suhun fucuk tu baru masukkan daunnya.)
7. Tambahkan suhun/fucuk yg dah direndam.
8. Agak dah didih sayur pun dah masak, rasa pun dah cukup, siap. Boleh tabur daun bwg daun sup dan bawang goreng.

(Untuk bayam dan pucuk keledek, hanya tumis air biasa sahaja. Tak perlu telur suhun dan fucuk, boleh gantikan dengan fishball.)