Saturday, 28 October 2017

Bihun / KueyTeow / Mee Goreng

Persediaan Mi:
1. Untuk bihun (makesure pakai cap botan-dijamin bihun takkan fail 😂), rendam air biasa sahaja sementara nak sediakan bahan tumisan dan masak nanti.
2. Untuk kueyteow, rendam sekejap shj dan bilas bersih kemudian toskan.
3. Mi kuning (cap warisan-kurang kapur dan sedap), tak perlu rendam atau bilas, nk menggoreng nanti letak je terus.

1. Goreng telur hancur 3 biji, ketepikan.
2. Bawang putih 2, bawang merah sederhana besar 1, segenggam ikan bilis, lada merah 4, cili padi 3 (optional) - blend.
3. Panaskan minyak, tumis bahan blend, perasakan garam aji gula.
4. Masukkan ayam(optional), air ayam dah kering baru masukkan kicap manis.
5. Masukkan bihun/kueyteow/mi kuning, masuk telur hancur yg dah digoreng tadi / taupok / fishcake yg dah digoreng / sayur. Tabur daun bawang daun sup / daun kucai, dan bawang goreng.

-Untuk bihun, masa goreng tu boleh masukkan air panas masak sedikit demi sedikit untuk capai tahap lembut mihun yg kita nak.
-Untuk mi goreng, tak perlu telur hancur pun dah sedap, atau boleh pecah je terus telur dalam mi masa menggoreng kalau nak yg jenis mee goreng mamak la. Kalau nak mee goreng kicap jenis hitam pekat tu, kicap manis tu gantikan dengan bancuhan - 2 sudu kicap pekat + 2 sudu kicap manis + 1 sudu sos cili.
-Kicap boleh always adjust even lepas kita dah masukkan mi.
-Kalau nak lebih kepada color merah taknak hitam kicap, boleh kurangkan kicap dalam masakan. Bahan tumisan pula boleh pakai cili kering instead of lada merah.