Friday, 25 August 2017

Koktail Buah-buahan Kastard

Susu :
1. 1 tin susu cair masuk dalam kuali, 1 cup air masak, sedikit garam, sedikit esen vanilla, 3sb tepung kastard.
2. Air buah-buahan dalam tin (contoh macam air longan atau laici), masuk dalam kuali jugak.
3. Panaskan kuah sekejap sahaja, tak perlu hingga didih.
4. Masukkan 3sb susu pekat manis. (1/2 cup kalau tak masukkan air tin buah)
5. Jangan berhenti kacau masa panaskan kuah. Nanti tak cantik warna kuah, dah likat tutup api.

Isi Koktail :
1. Boleh letak buah dalam tin macam longan, laici ikut suka.
2. Nata de Coco
3. Sumi Jelly

Kastard :
1. 1 tin susu cair, 1 tin tepung kastard jenama bird biru, 1/2 tin gula pasir, 4 tin air.
2. Larutkan dulu dalam kuali. Kacau hingga sebati baru on gas.
3. Masak dengan api kecik ya !
4. Jangan berhenti kacau gaul sampai lah melekit2 dan meletup2, baru tutup api.
5. Kalau terlalu pekat, boleh tambah dengan air panas masak masa masak tadi. Air panas ya take note !

*Lepas tiga2 ni dah siap buat and masuk dalam bekas, boleh lah simpan dalam peti ais ya. Nak makan baru cedok lah dalam mangkuk hehe. Makan sejuk2 sedap.

Way of serve:
1. Sediakan mangkuk.
2. Masukkan kuah, letak ais beberapa ketul.
3. Masukkan buah, sumi semua tu.
4. Masukkan kastard yg dah dipotong dadu.
5. Ngapppppp !