1. Bawang merah, bawang putih, lada merah 2 batang : tumbuk atau blend (boleh tambah cili padi 2 batang kalau nak pedas) kemudian tumis.
2. Lepas tumis tu boleh la perasakan dgn garam aji, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis. (nk letak kicap manis sahaja pun takpe, atau taknak letak semua ni pun takpe)
3. Tumis serbuk kari dan kemudian masukkan maggie yg dah direbus tadi.
4. Masukkan telur yg dah digoreng hancur, kemudian taburkan daun bwg daun sup dan bawang goreng.
Maggie Goreng Mi Sedaap Pedas :
1. Tumbuk 5 bawang merah kecil, 1 bawang putih besar, cili padi 5 batang, tumis.
2. Masukkan mi sedap yg dah direbus.
3. Masukkan segala perasa dalam bungkusan mi sedaap tu.
4. Taburkan daun bwg daun sup dan bawang goreng.
(sedap makan dengan telur mata)
Maggie Kari Tumis :
1. Tumbuk 5 bawang merah kecil, 1 bawang putih besar , 3 cili padi, dengan serbuk kari.
2. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan air nak banyak mana kuah nya.
3. Masukkan maggie 2 bungkus, pecahkan telur (optional). Siap.
*Nak letak sayur ke cili potong ke pun boleh, ikut suka.