Wednesday, 14 June 2017

Cheesekut / Mango Float Dessert

1. Masuk dalam blender : Cream cheese Tartura 250g , 2 sudu fresh milk (ikut kepekatan yg kita nak), setengah tin susu pekat manis yg tin paling kecik tu.
2. Blend sampai kembang.
3. Ambil biskut crackers (cap Hup Seng je) celup dengan fresh milk dan susun dalam bekas (bekas boleh lapik dengan aluminium foil).
4. Layerkan dengan cream yg dah blend tadi.
5. Tabur oreo hancur, atau dengan nestum, atau milo (suka hati nak perisa apa).
6. Repeat. Sampai layer last tu, bagi tebal sikit layer cream dan flavour.
7. Saya suka flavour oreo, atau flavour mix : oreo, nestum, milo sikit.
8. Masuk dalam peti ais.

Kalau nak buat version buah, boleh tambah mango. Cara nya :
1. Masa step blend tu, blend dulu 1 cawan whipping cream sampai kental, baru blend yg lain lagi sekali sampai sebati.
2. Masa step layerkan tu, layerkan cream sahaja dengan buah mango, biskut celup susu tu just layer masa 1st layer kat bawah tu sahaja. (tapi kalau nak layerkan setiap lapisan pakai biskut macam cheesekut pun boleh je takde masalah, ikut tekak masing2)
3. And bila dah smpai atas, tabur biskut hancur atau nestum atau oreo ke , ikut suka.

*yang lain nya kalau untuk yg buah ni, cream dia tak sama dgn cheesekut sebenar, cream dia cepat cair, so kene sejukkan dalam freezer tempat ais okay. at least 3 jam. then time nak makan baru keluarkan.

so basically mango float dessert, bezanye cuma tambah whipping cream dan mango dalam resepi asal cheeskut je.